Wednesday 1 April 2015

APA ITU DAUN LIDAH BUAYA ATAU ALOE VERA



Bismillah...

Assalamualaikum gojes :)

Hari nie saya nak tulis pasal daun lidah buaya. Ini bukan lidah buaya yang "ngap" orang tu! Daun Lidah Buaya ni merupakan satu tumbuhan yang banyak khasiatnya.  Tumbuhan tersebut dipanggil Daun Lidah Buaya. Rupa daun tu macam dekat bawah ni.

  


DAUN LIDAH BUAYA
(ehsan google image)

"Kisahnya, kira-kira 2000 tahun lalu, seorang ahli perubatan Greek, Doscorides telah mencatatkan daun lidah buaya ini boleh digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit termasuklah sakit perut, sembelit, sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, sakit gusi dan mulut, buah pinggang, kudis, jerawat dan kulit.Hari ini, bahan dari tanaman yang menjadi legenda ini telah digunakan dalam bahan-bahan untuk merawat kecantikan dan juga lotion untuk merawat seperti sakit sengal-sengal tulang dan gatal-gatal, begitu juga dengan jerawat dan ulcer (luka tali perut). 
Hari ini, bahan-bahan yang dikatakan mengandungi bahan dari daun lidah buaya ini dikatakan begitu laris dijual di seluruh dunia dan banyak syarikat-syarikat pembuat alat solek juga dikatakan telah mula mengeluarkan aneka jenis bahan alat solek yang mengandungi lendir daun lidah buaya yang dipercayai banyak khasiat.
Sebut sahaja anda boleh buat lotion pencuci muka, pelembab, krim muka dan jerawat, syampu, alat solek, minyak untuk merawat sakit-sakit seperti sengal-sengal tulang, gatal-gatal dan entah apalagi."

Betul tu! Banyak produk kecantikan telah menggunakan gel daun lidah buaya sebagai asas kandungan produk kecantikan. Ini disebabkan khasiatnya yang dapat menyembuhkan dan memulihkan lapisan atas kulit manusia. Gel lidah buaya tu ada dalam daun tersebut. Macam gambar kat bawah ni.

ISI DAUN LIDAH BUAYA
(ehsan google image)



Tapi masalahnya, mana nak cari daun lidah buaya sekarang? Kalau ada pun, mungkin tak banyak yang tanam tumbuhan nie. Kalau ada mohon tanam banyak-banyak. Rugi tak tanam tumbuhan ni. Masa nak guna tak payah nak fikir nak cari ubat gamat atau gel apa-apa. Patahkan daunnya terus sapu kat bahagian bermasalah tu.

Ok. Bagi sesiapa yang tertanya-tanya mana nak dapat produk kecantikan yang mempunyai gel aloe vera yang banyak khasiatnya ini. Link dekat bawah ni berkenaan satu produk. Nama produk tersebut NATURE REPUBLIC SOOTHING AND MOISTURE ALOE VERA (92% SOOTHING GEL) 300ml/ 10.56 fl.oz. Produk nie mempunyai kandungan 92% aloe vera. Jangan risau sebab produk ini sudah disertifikasi oleh CCOF ( California Certified Organic Farmers). Ada ditulis kat belakang bekas. Original daripada NATURE REPUBLIC di KOREA :)



BLOG UPDATED ON 22/01/2017

CHANTEKGOJES DAH TAK JUAL NATURE REPUBLIC ALOEVERA 92% MACAM KAT BAWAH NI. SEBAB TIADA STOK ORIGINAL DARI KOREA.

JADI SEBAGAI ALTERNATIF LAIN KEPADA GOJES2..
CHANTEKGOJES SUGGEST GUNA LOVERA MALAYSIA
Klik link bawah ye :)


Sila lah klik link di atas.

Sekian Terima Kasih Gojes :)







No comments:

Post a Comment

senyum selalu :)